Makna Syahadatain
Pendahuluan
Kalimah
syahadatain adalah kalimah yang tidak asing lagi bagi umat Islam. Kita
senantiasa menyebutnya setiap hari, misalnya ketika shalat dan azan. Kalimah
syahadatain sering diucapkan oleh umat Islam dalam pelbagai keadaan.
Sememangnya kita menghafal kalimah syahadah dan dapat menyebutnya dengan fasih,
namun demikian sejauh manakah berkesan kalimah syahadatain ini difahami dan
diamalkan dalam kehidupan sehari-hari ummat Islam?
Soalan
tersebut perlu dijawab dengan realiti yang ada. Tingkah laku ummat Islam yang
terpengaruh dengan jahiliyah atau cara hidup Barat yang memberi gambaran bahwa
syahadah tidak memberi kesan lainnya seperti tidak menutup aurat, melakukan
perkara-perkara larangan dan yang meninggalkan perintah-Nya, memberi kesetian
dan taat bukan kepada Islam, dan mengingkari rezki atau tidak menerima sesuatu
yang dikenakan kepada dirinya. Contoh ini adalah wujud dari seseorang yang
tidak memahami syahadah yang dibacanya dan tidak mengerti makna yang sebenarnya
di bawa oleh syahadah tersebut.
Kalimah
syahadah merupakan asas utama dan landasan penting bagi rukun Islam. Tanpa
syahadah maka rukun Islam lainnya akan runtuh begitupun dengan rukun iman.
Tegaknya syahadah dalam kehidupan seorang individu maka akan menegakkan ibadah
dan dien dalam hidup kita. Dengan syahadah maka wujud sikap ruhaniah yang akan
memberikan motivasi kepada tingkah laku jasmaniah dan akal fikiran serta
memotivasi kita untuk melaksanakan rukun Islam lainnya.
Menegakkan
Islam maka mesti menegakkan rukun Islam terlebih dahulu, dan untuk tegaknya
rukun Islam maka mesti tegak syahadah terlebih dahulu. Rasulullah SAW
mengisyaratkan bahawa: Islam itu bagaikan sebuah bangunan. Untuk berdirinya
bangunan Islam itu harus ditopang oleh 5 (lima)
tiang pokok iaitu syahadatain, shalat, saum, zakat dan haji ke baitul haram.
Dalam hadits yang lain: shalat sebagai salah satu rukun Islam merupakan
tiangnya ad dien.
Di
kalangan masyarakat Arab di zaman Nabi SAW, mereka memahami betul makna dari
syahadatain ini, terbukti dalam suatu peristiwa di mana Nabi SAW mengumpulkan
ketua-ketua Quraiys dari kalangan Bani Hasyim, Nabi SAW bersabda: Wahai
saudara-saudara, mahukah kalian aku beri satu kalimat, di mana dengan kalimat
itu kalian akan dapat menguasai seluruh jazirah Arab. Kemudian Abu Jahal terus
menjawab: Jangankan satu kalimat, sepuluh kalimat berikan padaku. Kemudian Nabi
SAW bersabda: Ucapkanlah Laa ilaha illa Allah dan Muhammadan Rasulullah. Abu
Jahal pun terus jawab: Kalau itu yang kau mau, berarti engkau mengumandangkan
peperangan dengan semua orang Arab dan bukan Arab.
Penolakan
Abu Jahal kepada kalimah ini, bukan kerana dia tidak faham akan makna dari
kalimat itu, tetapi justeru sebaliknya. Dia tidak mau menerima sikap yang mesti
tunduk, taat dan patuh kepada Allah SWT sahaja, dengan sikap ini maka semua
orang akan tidak tunduk lagi kepadanya. Abu Jahal ingin mendapatkan loyaliti
dari kaum dan bangsanya. Penerimaan syahadah bermakna menerima semua aturan dan
segala akibatnya. Penerimaan inilah yang sulit bagi kaum jahiliyah mengaplikasikan
syahadah.
Sebenarnya
apabila mereka memahami bahawa loyaliti kepada Allah itu juga akan menambah
kekuatan kepada diri kita. Mereka yang beriman semakin dihormati dan semakin
dihargai. Mereka yang memiliki kemampuan dan ilmu akan mendapatkan kedudukan yang
sama apabila ia sebagai muslim. Abu Jahal adalah tokoh di kalangan Jahiliyah
dan ia memiliki banyak potensi di antaranya ialah ahli hukum (Abu Amr). Setiap
individu yang bersyahadah, maka ia menjadi khalifatullah fil Ardhi.
Kalimah syahadah
mesti difahami dengan benar, kerana di dalamnya terdapat makna yang sangat
tinggi. Dengan syahadah maka kehidupan kita akan dijamin bahagia di dunia
ataupun di akhirat. Syahadah sebagai kunci dan tiang daripada dien. Oleh itu,
marilah kita bersama memahami syahadatain ini. Ahamiyatu Syahadatain
SinopsisKepentingan syahadat (ahamiyah syahadah) perlu didedahkan kepada mad'u agar dapat betul-betul memahami syahadah secara konsep dan aplikasinya. Kenapa syahadah penting kerana dengan bersyahadah seseorang boleh menyebutkan dirinya sebagai muslim, syahadah sebagai pintu bagi masuknya seseorang kedalam Islam. Kefahaman seorang muslim sangat bergantung kepada kefahamannya kepada syahadah. Dengan syahadah sebagai dasar, seorang muslim dapat melakukan perubahan-perubahan individu, keluarga ataupun masyarakat. Dalam sejarah nabi dan rasul, syahadah sebagai kalimah yang diperjuangkan dan kalimah inilah yang menggerakkan dakwah nabi dan rasul. Akhir sekali, dengan syahdah tentunya setiap muslim akan mendapatkan banyak pahala dan ganjaran yang besar dari Allah SWT.
Hasiyah
1.Ahamiyah syahadah (kepentingan bersyahadah)
Syahadatain adalah rukun Islam yang pertama. Kepentingan syahadah ini kerana syahadah sebagai dasar bagi rukun Islam yang lain dan bagi tiang untuk rukun Iman dan Dien. Syahadatain ini menjadi ruh, inti dan landasan seluruh ajaran Islam. Oleh sebab itu, sangat penting syahadah dalam kehidupan setiap muslim. Sebab-sebab kenapa syahadah penting bagi kehidupan muslim adalah:
·
Pintu
masuknya ajaran Islam
- Intisari ajaran Islam
- Dasar-dasar perubahan menyeluruh
- Halkikat dakwah para rasul
- Keutamaan yang besar
Syarah
·
Sahnya
iman seseorang adalah dengan menyebutkan syahadatain
·
Kesempurnaan
iman seseorang bergantung kepada pemahaman dan pengamalan syahadatain
·
Syahadatain
membezakan manusia kepada muslim dan kafir
·
Pada
dasarnya setiap manusia telah bersyahadah Rubbubiyah di alam arwah, tetapi ini
sahaja belum cukup, untuk menjadi muslim mereka harus bersyahadah Uluhiyah dan
syahadah Risalah di dunia.
Dalil
·
Hadits:
Rasulullah SAW memerintahkan Mu'az bin Jabal untuk mengajarkan dua kalimah
syahadah, sebelum pengajaran lainnya
·
Hadits:
Pernyataan Rasulullah SAW tentang misi Laailaha illa Llah dan kewajiban manusia
untuk menerimanya
·
Q:
47:19, Pentingnya mengerti, memahami, dan melaksanakan syahadatain. Manusia
berdosa akibat melalaikan pemahaman dan pelaksanaan syahadatain
·
Q:
37:35, Manusia menjadi kafir karena menyombongkan diri terhadap Laa ilaha illa
Llah
·
Q:
7:172, Manusia bersyahadah di alam arwah sehingga fitrah manusia mengakui
keesaan Allah. Ini perlu disempurnakan dengan syahadatain sesuai ajaran Islam.
3.Kholaso ta'lim Islam
(kefahaman muslim terhadap Islam)Syarah
·
Kefahaman
muslim terhadap Islam bergantung kepada kefahamannya pada syahadatain. Seluruh
ajaran Islam terdapat dalam dua kalimah yang sederhana ini.
·
Ada 3 hal prinsip syahadatain: (1)
Pernyataan Laa ilaha illa-Llah merupakan penerimaan penghambaan atau ibadah
kepada Allah sahaja. Melaksanakan minhajilLah merupakan ibadah kepadaNya. (2).
Menyebut Muhammad Rasulullah adalah tauladan dalam mengikuti MinhajilLah. (3).
Penghambaan kepada Allah meliputi seluruh aspek kehidupan. Ia mengatur hubungan
manusia dengan Allah, dengan dirinya sendiri dan dengan masyarakatnya.
Dalil
·
Q:
2:21, 51:56, Ma'na Laailaha
illa-Llah adalah penghambaan kepada Allah. 21:25, Rasul diutus dengan membawa ajaran tauhid.
·
Q:
33:21, Muhammad SAW adalah tauladan dalam setiap aspek kehidupan. 3: 31, aktifiti hidup hendaknya
mengikuti ajaran Muhammad SAW.
·
Q:
6:162, Seluruh aktiviti hidup manusia secara individu, masyarakat dan negara
mesti ditujukan kepada mengabdi Allah SWT sahaja, 3: 19, 3:85, 45:18, 6:153,
Islam adalah satu-satunya syariat yang diredhai Allah. Tidak dapat dicampur
dengan syariat lainnya.
4.Asasul Inqilab
(dasar-dasar perubahan)Syarah
·
Syahadatain
mampu merubah manusia dalam aspek keyakinan, pemikiran, mahupun jalan hidupnya.
Perubahan meliputi berbagai aspek kehidupan manusia secara individu atau
masyarakat.
·
Ada perbezaan penerimaan syahadatain
pada generasi pertama umat Muhammad dengan generasi sekarang. Perbezaan
tersebut disebabkan kefahaman terhadap makna syahadatain secara bahasa dan
pengertian, sikap konsisten terhadap syahadah tersebut dalam pelaksanaan ketika
menerima mahupun menolak.
·
Umat
terdahulu langsung berubah ketika menerima syahadatain. Sehingga mereka yang
tadinya bodoh menjadi pandai, yang kufur menjadi beriman, yang bergelimang
dalam maksiat menjadi taqwa dan abid, yang sesat mendapat hidayah. Masyarakat
yang tadinya bermusuhan menjadi bersaudara di jalan Allah.
·
Syahadatain
dapat merubah masyarakat dahulu maka syahadatain pun dapat merubah umat
sekarang menjadi baik.
Dalil
·
Q:
6:122, Penggambaran Allah tentang perubahan yang terjadi pada para sahabat
Nabi, yang dahulunya berada dalam kegelapan jahiliyah kemudian berada dalam
cahaya Islam yang gemilang.
·
33:23,
Perubahan individu contohnya terjadi pada Mus'ab bin Umair yang sebelum
mengikuti dakwah rasul merupakan pemuda yang paling terkenal dengan kehidupan
glamour di kota
Mekkah tetapi setelah menerima Islam, ia menjadi pemuda sederhana yang da'i,
duta rasul untuk kota
Madinah. Kemudian menjadi syuhada Uhud. Saat syahidnya rasulullah membacakan
ayat ini.
·
37:35
- 37, reaksi masyarakat Qurays terhadap kalimah tauhid 85:6 - 10, Reaksi musuh
terhadap keimanan kaum mukminin terhadap Allah 18:2, 8:30, Musuh memerangi
mereka yang konsisten dengan pernyataan Tauhid.
·
Hadits:
Laa ilaaha ilaLlah kalimat yang dibenci penguasa zalim dan kerajaan.
·
Hadits:
Mereka yang konsisten dengan syahadatain akan menang dan mereka yang
memusuhinya akan kalah dan hancur.
·
Hadits:
Janji rasul bahwa kalimah tauhid akan memuliakan kaumnya.
5.Haqiqat dakwah rasulSyarah
·
Setiap
Rasul semenjak nabi Adam AS hingga nabi besar Muhammad SAW membawa misi
dakwahnya adalah syahadah
·
Makna
syahadah yang dibawa juga sama iaitu laa ilaaha ilalLah
·
Dakwah
rasul sentiasa membawa umat kepada pengabdian Allah sahaja
Dalil
·
Q:
60:4, Nabi Ibrahim berdakwah kepada masyarakat untuk membawanya kepada
pengabdian Allah sahaja.
·
Q:
18:110, Para nabi membawa dakwah bahawa ilah
hanya satu iaitu Allah sahaja
6.Fadailul A'dhim
(ganjaran yang besar)Syarah
·
Banyak
ganjaran-ganjaran yang diberikan oleh Allah dan dijanjikan oleh Nabi Muhammad
saw.
·
Ganjaran
dapat berupa material ataupun moral./ Misalnya kebahagiaan di dunia dan di
akhirat, rezeki yang halal dan keutamaan lainnya
·
Keutamaan
ini selalu dikaitkan dengan aplikasi dan implikasi syahadah dalam kehidupan
sehari-hari
·
Dielakkannya
kita dari segala macam kesakitan dan keseksaan di dunia ataupun di akhirat.
Dalil
·
Q:
Allah SWT memberikan banyak keutamaan dan kelebihan bagi yang bersyahadah
·
H:
Allah SWT akan menghindarkan neraka bagi mereka yang menyebut kalimah syahadah
RingkasanKepentingan syahadatain : (4:41, 2:143)
a.Pintu masuk ke dalam Islam : (a)
b.Intisari ajaran Islam : (b, 21:25)
c.Dasar-dasar perubahan total: (6:122, 13:11) peribadi dan masyarakat
d.Hakikat Dakwah para Rasul a.s : (21:25, 3:31, 6:19, 16:36)
e.Kelebihan yang besar
Madlulsyahadah
SinopsisSyahadatain begitu berat diperjuangkan oleh para sahabat, bahkan mereka sedia dan tidak takut terhadap segala ancaman kafir. Sahabat nabi misalnya Habib berani menghadapi seksaan dari Musailamah yang memotong tubuhnya satu persatu. Bilal bin Rabah tahan menerima himpitan batu besar di tengah hari dan sederet nama lainnya. Mereka mempertahankan syahadatain. Muncullah pertanyaan kenapa mereka bersedia dan berani mempertahankan kalimah syahadah? Ini disebabkan kerana kalimah syahadah mengandung makna yang sangat mendalam bagi mereka. Syahadah bagi mereka dan erti yang sebenarnya mencakupi pengertian ikrar, sumpah dan janji. Majoriti umat Islam mengertikan syahadah sebagai ikrar sahaja, apabila mereka tahu bahawa syahadah juga mengandungi erti sumpah dan janji, serta tahu bahawa akibat dari janji dan sumpah maka mereka akan benar-benar mengamalkan Islam dan beriman. Iman sebagai dasar dan juga hasil dari pengertian syahadah yang betul. Iman secara sebutan oleh mulut, juga diyakini oleh hati dan diamalkan oleh perbuatan sebagai pengertian yang sebenarnya dari iman. Apabila kita mengamlkan syahadah dan mendasarinya dengan iman yang konsisten dan istiqomah maka beberapa hasil akan dirasakan seperti keberanian, ketenangan dan optimis menjalani kehidupan. Kemudian Allah SWT memberikan kebahagian kepada mereka di dunia dan di akhirat.
Hasiyah
1.Madlul syahadah
Syarah
·
Pernyataan
(ikrar), iaitu suatu statement seorang muslim mengenai keyakinannya. Pernyataan
ini sangat kuat kerana didukung oleh Allah, Malaikat, dan orang-orang yang
berilmu (para nabi dan orang yang beriman). Hasil dari ikrar ini adalah
kewajiban kita untuk menegakkan dan memperjuangkan apa yang diikrarkan.
·
Sumpah
(qosam) iaitu pernyataan kesediaan menerima akibat dan resiko apapun dalam
mengamalkan syahadah. Muslim yang menyebut asyhad bererti siap dan bertanggung
jawab dalam tegaknya Islam. Pelanggaran terhadap sumpah ini adalah kemunafikan
dan tempat orang munafik adalah neraka jahanam.
·
Perjanjian
yang teguh (mitsaq) iaitu janji setia untuk mendengar dan taat dalam segala
keadaan terhadap semua perintah Allah yang terkandung dalam Kitabullah maupun
Sunnah Rasul.
Dalil
·
Q:
3:18, syahadat yang bererti
ikrar dari Allah, Malaikat dan orang-orang yang berilmu tentang Laa ilaha
illa-Llah. 7:172, ikrar tentang RubiyatuLlah manusia merupakan alasan bagi
ikrar tentang keesaan Allah. 3:81, ikrar para nabi mengakui kerasulan Muhammad
SAW meskipun mereka hidup sebelum kedatangan Rasulullah SAW.
·
63:1-2,
syahadah bererti sumpah. Orang-orang munafiq berlebihan dalam pernyataan
syahadatnya, padahal mereka tidak lebih sebagai pendusta. 4:138-145, beberapa
ciri orang yang melanggar sumpahnya iaitu memberikan wala kepada orang-orang
kafir, memperolok-olok ayat Allah, mencari kesempatan dalam kesempitan kaum
muslimin, menunggu-nunggu kesalahan kaum muslimin, malas dalam sholat dan tidak
punya pendirian. Orang-orang mukmin yang sumpahnya teguh tidak akan bersifat
seperti tersebut.
·
5:7,
2:285, syahadah adalah mitsaq yang harus diterima dengan sikap sama'an wa
tho'atan didasari dengan iman yang sebenarnya terhadap Allah, Malaikat,
Kitab-kitab, Rasul-rsaul, hari Akhir dan Qadar baik maupun buruk. 2:93,
pelanggaran terhadap mitsaq ini berakibat turunnya la'nat Allah seperti yang
pernah terjadi pada orang-orang yahudi.
2.ImanSyarah
Syahadah yang dinyatakan seorang muslim penuh kesedaran sebagai sumpah dan janji setia ini merupakan ruh Iman iaitu:
·
Ucapan
(qoul) yang sentiasa sesuai dengan isi hatinya yang suci. Perkataan mahupun
kalimat yang keluar dari lidahnya yang baik serta mengandungi hikmah. Syahadah
diucapkan dengan penuh kebanggaan iman (isti'la-ul iman) berangkat dari
semangat isyhadu biannaa muslimin.
·
Membenarkan
(tashdiq) dengan hati tanpa keraguan. Iaitu sikap keyakinan dan penerimaan
dengan tanpa rasa keberatan atau pilihan lain terhadap apa yang didatangkan
Allah.
·
Perbuatan
(amal) yang termotivasi dari hati yang ikhlas dan kefahaman terhadap
maksud-maksud aturan Allah. Amal merupakan cerminan dari kesucian hati. Dan
upaya untuk mencari redha Ilahi. Amal yang menunjukkan sikap mental dan moral
Islami yang dapat dijadikan teladan.
·
Ketiga
perkara di atas tidak terpisahkan sama sekali. Seorang muslim yang tidak
membenarkan ajaran Allah dalam hatinya bahkan membencinya. Meskipun kelihatan
mengamalkan sebahagian ajaran Islam adalah munafiq I'tiqodi yang terlaknat.
Muslim yang meyakini kebenaran ajaran Islam dan menyatakan syahadatnya dengan
lisan tetapi tidak mengamalkan dalam kehidupan adalah munafiq amaly. Sifat
nifaq dapat terjadi sementara terhadap seorang muslim oleh kerana berdusta,
menyalahi janji atau berkhianat.
Dalil
·
49:15,
4:65, 33:36, Iman adalah keyakinan tanpa keraguan, penerimaan menyeluruh tanpa
rasa keberatan, kepercayaan tanpa pilihan terhadap semua keputusan Allah. 3:64,
sikap hidup yang merupakan cermin identiti Islam
·
4:123-125,
iman bukanlah hanya angan-angan, tetapis sesuatu yang tertanam di dalam hati
dan harus diamalkan dalam bentuk praktikal. Amal yang dikerjakan harus
merupakan amal sholeh yang dilakukan sengan ihsan dan penyerahan yang sempurna
kepada kehendak Allah. Dalam melakukan amal tersebut, seorang mukmin merasa
dikawal oleh Allah SWT.
·
2:80,
di antara kekeliruan ummat Islam adalah mencontoh sikap Yahudi. Misalnya merasa
bahawa neraka merupakan seksaan yang sebentar sehingga tidak apa memasukinya.
Atau mereka merasa akan masuk syurga semata-mata karena imannya sehingga tidak
perlu beramal sholeh lagi.
·
2:8,
63:1-2, 48:11, Ucapan lisan tanpa membenarkan dengan hati adalah sikap nifaq
I'tiqodi. Berbicara dengan mulutnya sesuatu yang tidak ada dalam hatinya.
·
Hadits,
Tanda-tanda munafik ada tiga. Jika salah satu ada pada seseorang maka ia
merupakan munafikm sebahagian. Bila keseluruhannya terdapat, maka ia munafik
yang sesungguhnya iaitu: bila berbicara ia berdusta, bila berjanji menyalahi
janjinya, dan bila diberi amanah ia berkhianat. Ketiga tanda ini termasuk jenis
munafik amali.
·
Imam
Hasan Basri berkata, 'Iman bukanlah
angan-angan, bukan pula sekedar hiasan, tetapi keyakinan yang hidup di dalam
hati dan dibuktikan dalam amal perbuatan'.
3.IstiqomahSyarah
Keimanan seseorang muslim yang mencakupi tiga unsur di atas mesti selalu dipelihara dan dijaga dengan sikap istiqomah. Istiqomah adalah konsisten, tetap dan teguh. Tetap pada pendirian, tidak berubah, dan tahan uji. Sikap istiqomah akan melahirkan tiga hal yang merupakan ciri orang-orang beriman sempurna, iaitu:
·
Syajaah
(keberanian) muncul kerana keyakinan sebagai hamba Allah yang selalu dibela dan
didukung Allah. Tidak takut menghadapi tantangan hidup, siap berjuang untuk
tegaknya yang haq (benar). Keberanian juga bersumber kepada keyakinan terhadap
qadha dan qadar Allah yang pasti. Tidak takut pada kematian kerana kematian di
jalan Allah merupakan anugerah yang selalu dirindukannya.
·
Itminan
(ketenangan) berasal dari keyakinan terhadap perlindungan Allah yang memelihara
orang-orang mukmin secara lahir dan batin. Dengan sentiasa ingat pada Allah dan
selalu berpanduankepada petunjukNya (kitabullah dan sunnah), maka ketenangan
akan selalu hidup di dalam hatinya.
·
Tafaul
(optimis), meyakini bahawa masa depan adalah milik orang-orang yang beriman.
Kemenangan ummat Islam dan kehancuran kaum kuffar sudah pasti. Mukmin menyedari
bahawa amal perbuatan yang dilakukannya tidak akan sia-sia, melainkan pasti
dibalas Allah dengan pembalasan yang sempurna.
Dalil
·
11:112-113,
istiqomah ertinya tidak menyimpang atau cenderung pada kekufuran 17:73-74,
istiqomah tetap teguh, tahan dan kuat dalam menghadapi dan melaksanakan
perintah Allah. 42:15, terus berjuang menyampaikan ajaran Allah dengan tidak
mengikuti hawa nafsu. Hadits: Abi Amr atau Abi Amrah Sofyan bin Abdillah , ia
berkata: "aku berkata: Wahai Rasulullah katakanlah kepadaku tentang Islam
suatu perkataan yang aku tak akan dapat menanyakannya kepada seseorang kecuali
kepadamu". Bersabdalah Rasulullah, "katakanlah, aku telah beriman
kepada Allah. kemudian berlaku istiqomahlah kamu". (Muslim).
·
41:30-32,
orang yang beristiqomah didukung Malaikat yang akan menjadikannyaberani, tenang
dan optimis. 9:5x2, sumber keyakinan tentang qadha dan qadar yang menimbulkan
keberanian, kecelakaan atau kemudharatan hanyalah ketentuan Allah belaka.
3:157/158, kemuliaan merupakan anugerah Allah bagi orang-orang mukmin sehingga
mereka tidak takut menyampaikan risalah kebenaran, lihat 33:39.
·
13:28, ketenangan dapat diperoleh dengan
mengingat Allah. 47:7, 3:173, 33:23, ketenangan yang diperoleh kerana tawakal
terhadap janji perlindungan Allah yang pasti sehingga timbul pula keberanian
menghadapi musuh. Ibnu Taymiyah berkata, "apa yang hendak dilakukan
musuh-musuhku terhadapku? Sesungguhnya syurga aku terletak dihatiku. Dimanapun
aku berada ia selalu bersamaku. Sesungguhnya kematianku adalah syahid.
Penjaraku adalah rasa manis, sedangkan mengusirku bagiku adalah travelling.
Ibnu Qayyim mengambil perkataan seorang alim"sesungguhnya kita berada
dalam kelezatan (hati) yang seandainya anak-anak raja mengetahuinya tentu
mereka ingin mengambilnya dengan pedang-pedang mereka.
·
3:160,
optimis bahawa dengan pertolongan Allah tak akan ada yang dapat mengalahkan.
33:22-23, contoh optimis para sahabat Rasul di perang Ahzab. Hadits, Rasulullah
yakin akan mengalahkan Rummawi dan parsi dengan menjanjikan kepada Saraqah bin
Malik akan memberikan gelang dan mahkota Parsi dengan keislamannya. Hal ini
kemudian terbukti dengan kemenangan kaum muslimin dalam perang Qadissiyya.
4.Assa'adahSyarah
·
Ketiga
hasil istiqomah tadi akan membuat kebahagiaan bagi orang yang memilikinya. Jadi
hanya syahadah sejati dapat menimbulkan sa'adah. Hanya Islam dengan konsep
syahadah yang dapat memberikan kebahagian kepada manusia di dunia mahupun di
akhirat.
Dalil
·
Al
Qur'an banyak menyebutkan bahawa orang beriman akan mendapatkan kebahagiaan
atau hasanah di dunia ataupun akhirat.
RingkasanKandungan kata "syahadah"
a. Iqrar (pengakuan) (3:18, 81)
b. Sumpah (63:2, 24:6,8)
c. Perjanjian (3:81, 5:7, 2:26-27)
Iman: (2:285)
a. Perkataan
b. Membenarkan
c. Amal
Istiqamah: (41:30)
a. Berani (41:30, 5:52)
b. Tenang (41:30, 13:28)
c. Optimis (41:30, 24:55)
Bahagia: (3:185)
Al Wala' Wal Barra
SinopsisKalimat laa ilaha illa lLah terdiri dari 3 jenis huruf (alif, lam dan ha) serta 4 kata (Laa, ilah, illa, Allah) tetapi mengandung pengertian yang mencakup seluruh ajaran Islam. Keberadaan kata ini adalah Wala terhadap Allah dan Bara terhadap selain Allah. bagi muslim sikap ini merupakan sikap hidup yang inti dan warisan para nabi. Penyimpangan dari sikap ini tergolong dosa besar yang tidak diampuni (syirik). Dengan sikap Wala dan Bara seorang mu'min akan selalu mengarahkan dirinya kepada Allah di setiap perbuatannya. Untuk memahami wala dan bara ini kita perlu mengkaji unsur-unsur kalimatnya, seperti la, ilaha, illa dan sebagainya. Kalimah Muhammad Rasulullah merupakan bahagian kedua dari syahdatain. Di dalamnya terkandung suatu pengakuan tentang kerasulan Muhammad SAW. Ertinya di dalam rangka mengamalkan Wala dan Bara yang terkandung di dalam Laa ilaha illa Llah maka mesti mengikuti petunjuk dan jejak langkah Muhammad SAW. Beliau mendapatkan pengesahan Ilahi untuk menunjukkan kebenaran dan melaksanakannya. Maka beliau merupakan teladan pelaksanaan Wala dan Bara.
Hasyiah
Laa ilaha illa Llah
1. Laa (tidak ada - penolakan) Kata penolakan yang mengandungi pengertian menolak semua unsur yang ada di belakang kata tersebut
2. Ilaha (sembahan - yang ditolak) Sembahan iaitu kata yang ditolak oleh laa tadi, iaitu segala bentuk sembahan yang bathil. Dua kata ini mengandungi pengertian bara (berlepas diri)
3. Ila (kecuali - peneguhan) Kata pengecualian yang bererti meneguhkan dan menguatkan kata di belakangnya sebagai satu-satunya yang tidak ditolak
4. Allah (yang diteguhkan atau yang dikecualikan) Kata yang dikecualikan oleh illa. Lafzul jalalah (Allah) sebagai yang dikecualikan.
Dalil
·
16:36, inti dakwah para Nabi adalah
mengingkari sembahan selain Allah dan hanya menerima Allah sahaja sebagai
satu-satunya sembahan.
·
4:48, 4:116, bahaya menyimpang dari
Tauhid. Syirik merupakan dosa yang tidak diampun.
·
47:19,
dosa-dosa manusia diakibatkan kelalaian memahami makna tauhid
·
7:59, 65, 73, beberapa contoh dakwah
para nabi yang memerintahkan pengabdian kepada Allah dan menolak ilah-ilah yang
lain
·
Hadits.
Ikatan yang paling kuat daripada iman adalah mencintai kerana Allah dan
membenci kerana Allah
·
Hadits.
Barangsiapa yang mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi kerana
Allah dan melarang kerana Allah, maka ia telah mencapai kesempurnaan iman.
Bara (pembebasan)Merupakan hasil kalimat laa ilaha yang ertinya membebaskan diri daripada segala bentuk sembahan. Pembebasan ini bererti: mengingkari, memisahkan diri, membenci, memusuhi dan memerangi. Keempat perkara ini ditunjukkan pada segala ilah selain Allah samada berupa sistem, konsep mahupun pelaksana.
Dalil
·
60:4,
contoh sikap bara yang diperlihatkan Nabi Ibrahim AS dan pengikutnya terhadap
kaumnya. Mengandung unsur mengingkari, memisahkan diri, membenci dan memusuhi.
·
9:1,
sikap bara bererti melepaskan diri seperti yang dilakukan oleh Rasul terhadap
orang-orang kafir dan musyrik.
·
47:7,
sikap bara adalah membenci kekufuran, kefasikan dan kedurhakaan.
·
58:22,
sikap bara dapat diertikan juga memerangi dan memusuhi meskipun terhadap
familinya. Contohnya Abu Ubaidah membunuh ayahnya. Umar bin Khatab membunuh
bapa saudaranya, sedangkan Abu Bakar hampir membunuh putranya yang masih
musyrik. Semua ini berlangsung di medan
perang.
·
26:77,
Nabi Ibrahim menyatakan permusuhan terhadap berhala-berhala sembahan kaumnya.
Hadam (penghancuran)Sikap bara dengan segala akibatnya melahirkan upaya menghancurkan segala bentuk pengabdian terhadap tandingan-tandingan mahupun sekutu-sekutu selain Allah, apakah terhadap diri, keluarga mahupun masyarakat.
Dalil
·
21:57-58,
Nabi Ibrahim berupaya menghancurkan berhala-berhala yang membodohi
masyarakatnya pada masa itu. Cara ini sesuai pada masa itu tetapi pada masa
Rasulullah, Rasul SAW menghancurkan akidah berhala dan fikrah yang menyimpang
terlebih dahulu. Setelah fathu Mekkah, kemudian 360 berhala di sekitar Ka'bah
dihancurkan oleh Rasul.
Al Wala (loyaliti)Kalimat Illa-lLah bererti pengukuhan terhadap wilayatulLlah (kepemimpinan Allah). Ertinya: selalu mentaati, selalu mendekatkan diri, mencintai sepenuh hati, dan membela, mendukung, dan menolong. Semua ini ditujukan kepada Allah dan segala yang diizinkan Allah seperti Rasul dan orang yang beriman.
Dalil
·
5:7,
2:285, Iman terhadap kalimat suci ini bererti bersedia mendengar dan taat.
·
10:61,62,
jaminan Allah terhadap yang menjadi wali (kekasih) Allah kerana selalu dekat
kepadaNya.
·
2:165,
wala kepada Allah menjadikan Allah sangat dicintai, lihat 9:24
·
61:14,
sebagai bukti dari wala adalah selalu siap mendukung atau menolong dien Allah.
Al Bina (membangun)Sikap wala beserta segala akibatnya merupakan sikap mukmin membangun hubungan yang kuat dengan Allah, Rasul dan orang-orang mukmin. Juga bererti membangun sistem dan aktiviti Islam yang menyeluruh pada diri, keluarga, mahupun masyarakat.
Dalil
·
22:41, ciri mukmin adalah sentiasa
menegakkan agama Allah.
·
24:55,
posisi kekhilafahan Allah peruntukkan bagi manusia yang membangun dienuLlah.
·
22:78,
jihad di jalan Allah dengan sebenarnya jihad adalah upaya yang tepat membangun
dienulLah.
IkhlasKeikhlasan iaitu pengabdian yang murni hanya dapat dicapai dengan sikap bara terhadap selain Allah dan memberikan wala sepenuhnya kepada Allah.
Dalil
·
98:5,
mukmin diperintah berlaku ikhlas dalam melakukan ibadah.
·
39:11,14,
sikap ikhlas adalah inti ajaran Islam dan pengertian dari La ilaha illalLah.
Muhammad RasulullahKonsep Wala dan Bara ditentukan dalam bentuk :
1. Allah sebagai sumber
Allah
sebagai sumber wala, dimana loyaliti mutlak hanya milik Allah dan loyaliti
lainnya mesti dengan izin Allah.
2. Rasul sebagai cara (kayfiyat)
Pelaksanaan
wala terhadap Allah dan Bara kepada selain Allah mengikuti cara Rasul
3. Mukmin sebagai pelaksana
Pelaksana
Wala dan Bara adalah orang mukmin yang telah diperintahkan Allah dan
dicontohkan Rasulullah.
·
Dalam
pelaksanaan Bara, rasululLah memisahkan manusia atas muslim dan kafir,
HizbulLah dengan Hizbus Syaithan. Orang-orang mukmin adalah mereka yang
mengimani Laa ilaha illalLah dan Muhammad RasuluLlah sedangkan orang kafir
adalah mereka yang mengingkari salah satu dari dua kalimah syahadat atau
kedua-duanya.
·
Orang-orang
beriman wajib mengajak orang kafir kepada jalan Islam dengan dakwah secara
hikmah dan boleh diperangi sampai mereka mengakui ketinggian kalimah Allah.
·
Dengan
demikian pelaksanaan Wala dan Bara telah ditentukan caranya. Kita hanya
mengikut apa yang telah dicontohkan RasuluLlah SAW.
Dalil
·
5:55-56,
Allah, Rasul dan orang-orang mukmin adalah wali orang yang beriman.
·
4:59,
ketaatan diberikan hanya kepada Allah, Rasul dan Ulil Amri dari kalangan
mukmin.
·
5:56,
orang-orang yang memberikan wala kepada Allah, Rasul dan orang-orang mukmin
adalah Hizbullah (golongan Allah), lihat pula 58:22. Selain golongan ini adalah
Hibus Syaithan.
·
60:7-9,
kebolehan bergaul dengan orang kafir dengan batas-batas tertentu. Asbabun nuzul
ayat ini berkaitan dengan Asma binti Abu Bakar yang tidak mengizinkan ibunya
masuk rumahnya sebelum mendapat izin dari RasuluLlah, lihat pula 31:15.
Ringkasan Dalil
·
Laa
ilaha illa-Llah: (Laa) adalah perkataan penolakan, (ilaha) - yang ditolak
·
Al-Barro'
(melepaskan diri) (60:4, 7:59,65,73,85):
-Mengingkari
-Membenci
-Memusuhi
-Memutus hubungan
-Menghancurkan
-Membenci
-Memusuhi
-Memutus hubungan
-Menghancurkan
·
Illa
(melainkan) adalah ungkapan pengukuhan (isbat)
·
Allah
adalah yang dikukuhkan (diisbatkan)
·
Al-Wala'/loyaliti
(7:196, 5:55, 4:59, 5:7, 47:7, 2:186, 2:165, 3:31) adalah:
-Taat
-Membela
-Membangun
-Mendekati
-Mencintai
-Membela
-Membangun
-Mendekati
-Mencintai
·
Menghancurkan
dan membangun adalah makna ikhlas (98:5, 39:11,14)
·
Muhammadu
Rasulullah - Konsep Al-Wala' dan Al Barro':
-Allah
adalah sumber nilainya (2:147, 7:2)
-Rasul adalah contoh pelaksanaannya (33:21, 59:7)
-Orang mukmin adalah pelaksananya (33:36, 35:32)
Kaifiat
"Membina" dan "Menghancurkan" adalah dengan
"ittiba'" (3:31) -Rasul adalah contoh pelaksanaannya (33:21, 59:7)
-Orang mukmin adalah pelaksananya (33:36, 35:32)
Makna Ilah
Sinopsis
Kalimat
Laa ilaaha ilaLlah tidak mungkin difahami kecuali dengan memahami terlebih
dahulu ma'na ilah yang berasal dari 'aliha' yang memiliki berbagai macam
pengertian. Dengan memahaminya kita mesti mengetahui motif-motif manusia
mengilahkan sesuatu. Ada
empat makna utama dari aliha iaitu sakana ilahi, istijaaro bihi, asy syauqu
ilaihi dan wull'a bihi. Aliha bermakna abaduhu (mengabdi/menyembahnya), kerana
empat perasaan itu demikian mendalam dalam hatinya, maka dia rela dengan penuh
kesedaran untuk menghambakan diri kepada ilah (sembahan) tersebut. Dalam hal
ini ada tiga sikap yang mereka berikan terhadap ilahnya iaitu kamalul mahabah,
kamalut tadzalul, dan kamalut khudu'. Al ilah dengan makrifat iaitu sembahan
yang sejati hanyalah Allah sahaja, sedangkan selain Allah adalah bathil. Maka
pengertian-pengertian ma'na ilah di atas hanyalah hak Allah sahaja, tidak boleh
diberikan kepada selainNya. Dalam menjadikan Allah sebagai Al Illah terkandung
empat pengertian iaitu al marghub, al mahbub, al matbu', dan al marhub. Al
ma'bud merupakan sesuatu yang disembah secara mutlak. Kerana Allah adalah
satu-satunya Al Ilah, tiada syarikat kepadaNya, maka Dia adalah satu-satunya
yang disembah dan diabdi oleh seluruh kekuatan yang ada pada manusia. Pengakuan
Allah sebagai Al Ma'bud dibuktikan dengan penerimaan Allah sebagai pemilik
segala loyalti, pemilik ketaatan, dan pemilik hukum.
Hasiyah
1.Aliha
Syarah
·
Mereka
tenteram kepadanya (sakana ilaihi) iaitu ketika ilah tersebut diingat-ingat
olehnya, ia merasa senang dan manakala mendengar namanya disebut atau dipuji
orang ia merasa tenteram.
·
Merasa
dilindungi oleh-Nya (istijaaro bihi), kerana ilah tersebut dianggap memiliki
kekuatan ghaib yang mampu menolong dirinya dari kesulitan hidup.
·
Merasa
selalu rindu kepadanya (assyauqu ilaihi), ada keinginan selalu bertemu
dengannya, samada berterusan atau tidak. Ada
kegembiraan apabila bertemu dengannya.
·
Merasa
cinta dan cenderung kepadanya (wull'a bihi). Rasa rindu yang menguasai diri
menjadikannya mencintai ilah tersebut, walau bagaimanapun keadaannya. Ia selalu
beranggapan bahawa pujaannya memiliki kelayakan dicintai sepenuh hati.
Dalil
·
Perkataan
orang Arab: 'saya merasa tenteram kepadanya', 'si fulan meminta perlindungan
kepadanya', 'si fulan merasa rindu kepadanya', 'anak itu cenderung kepada
ibunya'.
·
10:7-8,
manusia yang mengilahkan kehidupan dunia merasa tenteram dengan hidup dunia.
7:138, bani Israel
yang bodoh menghendaki adanya ilah yang dapat menenteramkan hati mereka.
·
72:6,
manusia memperilah jin dengan meminta perlindungan kepadanya. 36:74-75,
orang-orang musyrik mengambil pertolongan dari selain Allah padahal semuanya
tidak dapat menolong kita, lihat 7:197.
·
2:93,
20:91, bani Israel
larut dalam kerinduan yang berlebihan terhadap ijla (anak lembu) yang dijadikannya
ilah. 26:71, para penyembah berhala sangat tekun melakukan pengabdian kerana
selalu rindu padanya.
·
29:25,
berhala-berhala adalah menyatukan bangsa yang sangat disenangi oleh orang-orang
musyrik. 2:165, tandingan (andad) merupakan sembahan-sembahan selain Allah yang
dicintai oleh orang-orang musyrik sama dengan mencintai Allah kerana mereka
sangat cenderung atau dikuasai olehnya.
2.Abadahu
Syarah
·
Dia
amat sangat mencintainya (kamalut mahabbah), sehingga semua akibat cinta siap
dilaksanakannya. Maka diapun siap berkorban memberi loyalti, thaat dan patuh
dan sebagainya.
·
Dia
amat sangat merendahkan diri di hadapan ilahnya (kamalut tadzulul). Sehingga
menganggap dirinya sendiri tidak berharga, sedia bersikap rendah
serendah-rendahnya untuk pujaannya itu.
·
Dia
amat sangat tunduk, patuh (kamalul khudu'). Sehingga akan selalu mendengar dan
thoat tanpa reserve, serta melaksanakan perintah-perintah yang menurutnya
bersumber dari sang ilah.
Dalil
·
Perkataan
orang Arab aliha adalah abadahu. Seperti aliha rajulu ya-lahu (lelaki itu
menghambakan diri pada ilahnya)
·
39:45,
orang kafir yang menjadikan sesuatu selain Allah sebagai ilahnya demikian
senangnya apabila mendengar nama kecintaannya serta tidak suka apabila nama
Allah disebut. Hadits, sabda Rasulullah SAW, 'Celakalah hamba dinar (wang
emas), celakalah hamba dirham (wang perak), celakalah hamba pakaian (mode).
Kalau diberi maka ia redha, sedangkan apabila tidak diberi maka iaakan kesal.
Ini disebabkan kecintaan yang amat sangat terhadap barang-barang tersebut.
·
36:60,
orang-orang kafir pada hakikatnya mengabdi kepada syaithan yang memperdaya
mereka. 6:137, orang-orang kafir demikian patuhnya sehingga bersedia membunuh
anak-anaknya untuk mengikuti program ilah-ilah sembahannya.
3.Al
Ilah
Syarah
·
Al
Marghub iaitu dzat yang sentiasa diharapkan. Kerana Allah selalu memberikan
kasih sayangNya dan di tangan-Nyalah segala kebaikan.
·
Al
Mahbub, dzat yang amat sangat dicintai kerana Dia yang berhak dipuja dan
dipuji. Dia telah memberikan perlindungan, rahmat, dan kasih sayang yangberlimpah
ruah kepada hamba-hambaNya.
·
Al
Matbu' yang selalu diikuti atau ditaati. Semua perintahNya siap dilaksanakan
dengan segala kemampuan sedang semua laranganNya akan selalu dijauhi. Selalu
mengikuti hidayah atau bimbinganNya dengan tanpa pertimbangan. Allah sahaja
yang sesuai diikuti secara mutlak, dicari dan dikejar keredhaan-Nya.
·
Al
Marhub, sesuatu yang sangat ditakuti. Hanya Allah sahaja yang berhak ditakuti
secara syar'i. Takut terhadap kemarahanNya, takut terhadap seksa-Nya, dan takut
terhadap hal-hal yang akan membawa kemarahanNya. Rasa takut ini bukan membuat
ia lari, tetapi membuatnya selalu mendekatkan diri kepada Allah.
Dalil
·
2:163-164,
Allah adalah ilah yang esa tiada ilah selain Dia, dengan rahmat dan kash
sayangNya yang teramat luas.
·
2:186,
40:60, 94:7-8. Hanya Allahyang sesuai diharap kerana Ia maha memberi atau
mengabulkan do'a hambaNya. 21:90-91, orang-orang mukmin menghambakan diri
kepada Allah dengan harap dan cemas.
·
2:165,
Allah adalah kecintaan orang yang mukmin dengan kecintaan yang amat sangat.
8:2, sehingga ketika disebut nama Allah bergetar hatinya. 9:24, Allah berada di atas segala kecintaan.
·
51:50,
perintah Allah untuk bersegera menuju Allah kerana hanya Allah sahaja yang
sesuai diikuti. 37:99, menuju Allah untuk memperoleh bimbingan dan hidayahNya
untuk diikuti.
·
2:40,
9:13, 33:39, hanya Allah
sahaja yang sesuai ditakuti dengan mendekatkan diri kepadaNya.
4.Al
Ma'bud
Syarah
·
pemilik
kepada segala loyaliti, perwalian atau pemegang otoriti atas seluruh makhluk
termasuk dirinya. Dengan demikian loyaliti mukminin hanya diberikan kepada
Allah dengan kesedaran bahawa loyaliti yang diberikan pada selainNya adalah
kemusyrikan.
·
Pemilik
tunggal hak untuk ditaati oleh seluruh makhluk di alam semesta. Mukmin meyakini
bahawa ketaatan pada hakikatnya untuk Allah sahaja. Seorang mukmin menyedari
sepenuhnya bahawa mentaati mereka yang mendurhakai Allah adalah kedurhakaan
terhadap Allah.
·
Pemilik
tunggal kekuasaan di alam semesta. Dialah yang menciptakan dan berhak
menentukan aturan bagi seluruh ciptaanNya. Maka hanya hukum dan
undang-undangNya sahaja yang adil. Orang mukmin menerima Allah sebagai
pemerintah dan kerajaan tunggal di alam semesta dan menolak kerajaan manusia.
Dalil
·
109:1-6,
pernyataan mukmin bahawa pengabdiannya hanya untuk Allah sahaja dan sekali-kali
tidak akan mengabdi selainNya. 16:36,
Rasul diutus dengan risalah pengabdian pada Allah sahaja dan menjauhi segala
yang diabdi selain Allah. 2:21,
perintah Allah untuk mengabdi kepadaNya sahaja dengan tidak mengambil selain
Allah sebagai tandingan-tandingan.
·
7:196,
pernyataan mukmin bahawa wali (pemimpin) nya hanya Allah sahaja. 2:257,
berwalikan kepada Allah melepaskan manusia dari kegelapan jahiliyah menuju
cahaya Islam.
·
7:54, hak menciptakan dan hak memerintah
hanyalah milik Allah. mukmin hanya mengakui kerajaan Allah. hadits, mukmin
hanya akan taat pada sesuatu yang diizinkan Allah, Rasul dan ulil amri. Mukmin
tidaklah akan mentaati perintah maksiyat kepada Allah.
·
12:40, hak menentukan hukum dan
undang-undang hanyalah hak Allah. 24:1, Allah mewajibkan manusia melaksanakan
hukum-hukumNya. 5:44, 45,
47 mereka yang menolak aturan atau hukum Allah adalah kafir, zalim dan fasik.
Ini ertinya pemerintahan Allah sahaja yang boleh tegak sedang pemerintahan
manusia adalah batil.
Ringkasan
·
Kandungan
makna (aliha, ya-lahu, Ilahan):
-
Merasa tenang padanya (10:7)
- Selalu rindu padanya (7:138)
- Melindungi diri padanya (72:6)
- Mencintainya (2:165)
- Selalu rindu padanya (7:138)
- Melindungi diri padanya (72:6)
- Mencintainya (2:165)
·
(Aliha)
membawa erti (Abadahu):
-
Sempurna mencintai
- Sempurna menghinakan diri
- Sempurna menundukkan diri
- Sempurna menghinakan diri
- Sempurna menundukkan diri
·
Kandungan
kata (Al-Ilah):
-
Yang diharapkan
- Yang diikuti
- Yang ditakuti
- Yang dicintai
- Yang diikuti
- Yang ditakuti
- Yang dicintai
·
(al-Ilah):
-
Yang layak diberikan kepadanya wala'
- Yang wajib diberikan kepadanya ketaatan
- Yang wajib diberikan kepadanya authoriti
- Yang wajib diberikan kepadanya ketaatan
- Yang wajib diberikan kepadanya authoriti
Kalimatullah Hiyal Ulya
SinopsisKalimah Allah adalah yang paling tinggi. Islam sebagai dien mempunyai konsep yang jelas, lengkap dan dapat dibuktikan kebenarannya. Sedangkan konsep atau sistem selain Islam adalah buatan manusia yang tidak lengkap, tidak jelas dan bersifat berubah atau sementara. Konsep Islam dilandasi oleh syahadatain, sedangkan selain Islam menjadi pemikiran jahiliyah dasarnya. Syahadah adalah kalimah yang tinggi yang dijadikan sebagai kalimah tauhid dan kalimah taqwa. Gambaran kalimah tauhid ini di dalam Al-Qur'an adalah kalimah toyyibah iaitu kalimah yang teguh dan kuat. Pemikiran jahiliyah sebagai landasan dari konsep selain Islam merupakan kalimat syirik yang menjadi saingan konsep dan sistem Islam. Konsep jahili berdasarkan semangat jahiliyah seperti materialisme, kapitalisme, komunisme dan isme lainnya. Isme-isme ini tidak mempunyai kekuatan sebagai kalimah khobitsah yang lemah dan tidak kuat.
1.Dua Kalimah Syahadah
Sarahan
·
Dua
kalimah syahadah merupakan inti dari dienul Islam. Dasar utamanya adalah wahyu
yang dalam bentuk kitab dan sunnah. Islam mengandungi ketinggian nilai yang
tidak dapat dibandingkan dengan konsep, sistem dan agama lainnya.
·
Pemikiran-pemikiran
jahiliyah adalah inti daripada konsep dan pandangan jahiliyah. Termasuk dalam
kelompok ini adalah segala bentuk isme (faham) misalnya materialisme,
komunisme, kapitalisme, nasionalisme, humanisme, idealisme dan berbagai bentuk
ideologi samada bersifat lokal mahupun bersifat internasional. Dasar utamanya
adalah ro'yu (akal) sahaja.
Dalil
·
3:18, pernyataan Allah tentang
keesaanNya menunjukkan bahawa ini merupakan inti dari seluruh ajaran Islam.
·
42:52,55,
dasar Islam adalah wahyu dan bukan ra'yu.
·
53:4,
Perkataan Rasulullah sebagai salah satu sumber nilai Islam bukanlah merupakan
hawa nafsu melainkan juga wahyu.
·
Hadits.
Sabda Rasulullah kepada AbdulLah bin Amru bin Ash: "Tulislah, demi Allah
yang jiwaku berada di tanganNya. Tidak keluar dari lidahku ini kecuali
kebenaran"
·
10:36,
53:23, orang-orang kafir mengikuti isme-isme yang berdasarkan dzan dan hawa
nafsu manusia.
·
6:116,
konsep demokrasi adalah hawa nafsu manusia.
2. Konsep Islam vs
JahiliyahSarahan
·
Konsep
Islam merupakan ajaran yang bersumber dari Allah yang Maha Tinggi, tanpa
dicampuri oleh pemikiran manusia. Kerana Allah maha mengetahui maka Islam
adalah ilmu yang dalam. Kerana Allah Maha Hidup maka Islam merupakan panduan
hidup. Kerana Allah maha bijaksana, maka Islam adalah hukum-hukum yang adil dan
bijaksana. Islam merupakan perwujudan sifat Allah yang membimbing dan memimpin
manusia menuju kepada kebahagian yang sejati.
·
Konsep
orang kafir menjadikan selain Islam sebagai panduannya misalnya pandangan bukan
dari Allah, Rasul dan diennNya. Mereka merupakan orang yang bodoh (jahil)
terhadap kebenaran. Keingkaran mereka menunjukkan kehinaan dan kerendahan yang
tidak bererti dibandingkan dengan ketinggian Allah. Konsep hidup mereka tidak
boleh diikuti oleh manusia.
Dalil
·
Hadits.
Sabda Rasulullah saw, "Islam itu tinggi dan tiada yang melebihi
ketingiannya".
·
2:120,
petunjuk Allah yang sebenar-benarnya petunjuk. 10:35, Allah menunjukki kepada kebenaran selain Allah
hanya menyesatkan. Maka Allah sahaja yang sesuai untuk diikuti.
·
6:115,
kesempurnaan, ketepatan dan keadilan kalimah Allah . 54:5, kedalaman
pengetahuan Allah. 86:13, kalimah Allah sangat tegas dan bukan permainan
(56:12).
·
9:40, kalimah Allah yang tinggi
sedangkan konsep orang-orang kafir itu rendah. 6:112, orang-orang kafir saling
memberikan pandangan yang menipu manusia dengan hiasan kalimat-kalimat yang
indah.
·
28:49-50,
menolak kitabullah bererti mengikuti hawa nafsu. Lihat pula 33:72, 30:29.
Konsep orang-orang zalim berdasarkan hawa nafsu dan kesesatan mereka.
3. Kalimah Taqwa vs
Kesombongan JahiliyahSarahan
·
Kalimat
taqwa. Konsep Islam yang tinggi itu merupakan sumber ketaqwaan dan kebajikan.
Mengucapkannya sahaja ibadah, apalagi mempelajari, menghayati dan
mengamalkannya. Hanya konsep inilah yang dapat mebentuk peribadi taqwa dan
akhlak mulia.
·
Kesombongan
jahiliyah. Selain konsep Islam maka konsep itu adalah jahiliyah hanya berupa
slogan yang menunjukkan kesombongan dan kebanggaan orang-orang yang bodoh. Tak
terbukti di dalam kenyataan, hanya teori-teori kosong yang dusta. Masyarakat
yang dibentuknya menjadi masyarakat yang kufur dan bergelimang dalam maksiyat.
Dalil
·
9:108,
mendasari kehidupan dengan laa ilaha illa lLah diperumpamakan membangun dengan
landasan taqwa.
·
2:21, 2:183, 2:178, tujuan dan
penghambaan Islam adalah membentuk peribadi taqwa. Hanya dengan melaksanakan
syahadatain secara murni dan hasil taqwa dapat dicapai.
·
3:133-135,
contoh konsep taqwa yang disajikan oleh kitabullah. 39:3, membenarkan
kitabulLah jalan menuju taqwa.
·
48:26,
orang-orang kafir menanamkan kecintaan pada konsep mereka. Sedangkan Allah
mewajibkan pengkajian kalimat taqwa. 43:51-54, penguasa sistem jahiliyah
membanggakan kekuasaan dan kekayaan mereka untuk menipu rakyat. 40:26, penguasa
berdalih stabiliti kekuasaannya menjelekkan pembawa kebenaran.
4. Kalimah Tauhid vs
Kalimah SyirikSarahan
·
Konsep
tauhid. Syahadatain dengan Islam sebagai penjelasannya merupakan konsep yang
mengesakan Allah. manusia dibawa pada satu tujuan dan orientasi iaitu mencari
keredhaan Allah yang Maha Esa. Konsep ini mampu menyatukan manusia dari
berbagai jenis suku dan bangsa, dari berbagai latar belakang budaya dalam satu
ikatan aqidah tauhid yang punya satu keinginan, tegaknya kalimat Allah yang
tinggi.
·
Konsep
syirik. Di dalam jahiliyah manusia saling memperbudak satu dengan lainnya, atau
diperbudak oleh materi. Tujuan dan orientasi mereka bermacam-macam dan
berbeza-beza. Kerananya mereka saling mengeksploitasi. Yang satu ingin
menguasai yang lain. Jiwa dan kepribadian mereka berpisah, tiada ruh yang dapat
melandasi kesatuan dan persatuan.
Dalil
·
3:103,
dengan berpegang teguh kepada tauhidulLah ummat dapat bersatu. 21:92, Islam
adalah ajaran tauhid yang memiliki hanya satu ummat. 49:13, konsep Islam
tentang kesatuan manusia dengan menjadikan taqwa sebagai timbangan kemuliaan
dan kehinaan manusia.
·
3:64,
konsep di luar Islam hanya membawa kepada kemusyrikan, menghasilkan perbudakan
antara manusia. 16:75-76, kehinaan ilah-ilah kaum musyrikin yang menjadi beban
bagi penyembahnya. 39:29, gambaran orang yang berada di dalam konsep syirik
dibandingkan dengan konsep tauhid. 59:.. kamu kira musuh Allah itu bersatu
padahal mereka bercerai-berai.
5. Kalimah yang Baik vs
Kalimah tak BaikSarahan
·
Konsep
yang baik. Kerana membawa kepada ketaqwaan dan persatuan maka Islam merupakan
konsep yang baik. Ibarat pohon yang baik, ia akan berakar di hati manusia yang
suci (fitrah), kuat dan tertunjang dalam keyakinan dan keperibadian mereka.
Kalimah yang baik melahirkan manusia yang membentuk peradaban mulia dan
bermanfaat di dunia. Bila tiba masanya pohon Islam akan menghasilkan buah yang
lezat lagi berkhasiat.
·
Konsep
yang buruk. Kerana membawa kepada kekufuran dan kemaksiatan, maka jahiliyah
merupakan sumber masalah bagi manusia. Ia ibarat pohon yang buruk yang telah
tercabut dari akarnya, kering kontang, mudah hancur. Tidak memberikan buah
kebaikan sama sekali bahkan menjadi sampah atas sumber penyakit.
Dalil
·
14:24-25,
syahadatain sebagai kalimah yang baik diumpamakan Allah bagaikan pohon yang
baik, akarnya tertunjang ke bumi dan batangnya menjulang ke angkasa (tertanam
baik di hati manusia kerana selaras dengan fitrah). Pohon itu sentiasa memberikan
buah yang baik di setiap musim kerana setiap muslim dalam berbuat baik
mengharapkan redha Allah yang kekal dan pasti. Sistem tauhid ini menghasilkan
manusia-manusia yang bermanfaat bagi dunia dan peradaban. Masyarakat tauhid ini
tumbuh bagaikan pohon pula, lihat 48:29.
·
14:26, konsep yang buruk ibarat pohon
yang buruk. Tidak tertanam dalam hati dan jiwa manusia kerana bertentangan
dengan fitrah. Peribadi yang dihasilkan oleh sistem jahiliyah adalah kosong dan
tidak bererti, hanya pandai bersifat lidah sahaja, berkata tetapi tidak
diamalkan, lihat 2:204-205. Perumpamaan lainnya adalah kayu yang tersandar.
Kelihatannya kokoh tetapi sebenarnya rapuh. Ini contoh tentang munafiqin, lihat
63:4.
6. Kukuh vs RapuhSarahan
·
Stabil
dan kukuh merupakan sifat Islam, tidak pernah mengalami kegoncangan. Tak lapuk
dek hujan dan angin, bahkan itu akan menumbuhkan pohon Islam. Sebagai kebenaran
ia ibarat arus sungai yang deras, selalu teguh berterusan dan menghantam batu
karang.
·
Tidak
seimbang dan rapuh merupakan sifat dienul jahiliyah. Ia selalu mengalami pasang
surut, berubah dan berganti. Dapat lapuk ditelan masa. Sedikit sahaja mengalami
goncangan ia akan hancur. Sebagai kebatilan ia ibarat buih di atas arus, akan
lenyap dengan sendirinya.
Dalil
·
13:17, kekukuhan al haq dalam menghadapi
tentangan bagaikan air arus yang berjalan terus. Hadith, Rasulullah
mengumpamakan petunjuk yang dibawa oleh beliau seperti hujan dan air.
Tergantung kesiapan tanah (jiwa manusia) untuk menerimanya.
·
14:27, konsepsi ini membawa keteguhan
kepada orang-orang yang mengikutinya. Allah meneguhkan orang-orang beriman
dengan ucapan yang teguh dalam kehidupan dunia mahupun akhirat.
·
85:6,
kemenangan aqidah adalah kemenangan hakiki yang dituju orang-orang beriman
dalam perjuangan.
·
13:17,
kerapuhan jahiliyah bagaikan sampah, kelihatannya banyak tetapi mengikut sahaja
kemana pergi.
7. Kuat vs LemahSarahan
·
Kuat
dan tewas, kerana teguh dan kukuh maka sebagai konsepsi Islam tidak dapat
dikalahkan. Ditinjau dari sudut apa pun Islam unggul, tidak dapat ditandingi.
Peradaban dan warisannya penuh prestij dan prestij kemanusiaan. Seluruh ajaran
Islam memiliki kekuatan dari segi hujjah mahupun realiti. Dari itu ummat Islam
harus kukuh dan kuat seperti Islam. Berizzah yang tinggi kerana prestasi yang
dicapainya.
·
Lemah
dan selalu kalah, kerana kegoncangan dan kerapuhannya maka jahiliyah ini sangat
lemah, mudah untuk dihancurkan. Tak ada daya dan kekuatannya sama sekali. Para pengikutnya menjadi orang-orang yang paling lemah,
tanpa keperibadian, kecewa dan pesimis. Tanpa prestasi dan prestij sehingga tak
ada harganya sama sekali.
Dalil
·
5:3,
orang-orang kafir putus asa untuk mengalahkan al Islam dari segi konsep
sehingga kita tak perlu takut kepada mereka.
·
37:172-173,
5:56, jaminan Allah bagi
kemenangan tenteraNya iaitu yang mengikuti sistem ini dengan sesungguhnya.
·
3:137-139,
fakta sejarah yang menunjukkan kekuatan kaum beriman.
·
29:41,
kelemahan sistem yang dibangun oleh konsep syirik seperti sarang laba-laba. 3:12, pernyataan Allah bahawa
pengikut kebatilan pasti kalah dan tempat mereka adalah neraka jahanam.
·
16:26-27,
gambaran tentang cara Allah mengancurkan kebatilan secara sistematik iaitu
dengan menghabiskan asasnya terlebih dahulu. Sedangkan kehinaan mereka sangat
dekat waktunya kerana akan datang setelah kematian menimpa mereka.
Ringkasan Dalil
·
Konsep
Islam :
-
Dasarnya syahadatain
- Kalimah Allah tinggi (9:40)
- Kalimah berorientasikan tauhid (112:1-3)
- Merupakan kalimah taqwa (48:26)
- Kalimah yang baik (14:24)
- Stabil (14:24)
- Kuat (5:3, 58:21, H)
- Kalimah Allah tinggi (9:40)
- Kalimah berorientasikan tauhid (112:1-3)
- Merupakan kalimah taqwa (48:26)
- Kalimah yang baik (14:24)
- Stabil (14:24)
- Kuat (5:3, 58:21, H)
·
Konsep
selain Islam :
-
Dasarnya pemikiran jahiliyah
- Kalimah orang-orang kafir (9:40)
- Kalimah berorientasikan syirik (39:64)
- Kebanggaan jahiliyah (48:26)
- Kalimah yang buruk (14:26)
- Goncang (14:26, 16:26)
- Lemah (29:41)
- Kalimah orang-orang kafir (9:40)
- Kalimah berorientasikan syirik (39:64)
- Kebanggaan jahiliyah (48:26)
- Kalimah yang buruk (14:26)
- Goncang (14:26, 16:26)
- Lemah (29:41)
Marahil Tafaul Bi Syahadatain
Sinopsis
Dua
kalimah syahadah adalah suatu kesaksian bahawa tiada yang wajib diabdi dengan
penuh cinta kecuali hanya Allah sahaja. Kemudian kesaksian bahawa Muhammad itu
merupakan Rasul Allah. Syahadatain ini merupakan ruh yang melandasi keyakinan,
pemikiran dan perbuatan orang-orang mukmin. Untuk merealisasikannya mukmin
mesti berinteraksi dengan kandungan makna syahadatain melalui beberapa tahap
iaitu cinta dan redha kepada Allah, Islam dam Rasul. Syahadatain yang didasari cinta
dan redha menjadi sibgah kepada hati, akal dan jasad.
Hasyiah
1.
Dua Kalimah Syahadah
Sarahan
Syahadatain
perlu dipelajari dan diketahui kerana dua kalimah ini sebagai dasar bagi
keseluruhan hidup manusia dan seluruh ajaran Islam.
Dalil
·
47:19,
37:35, 3:18 ungkapan Allah
bahawa syahadat adalah dasar seluruh ajaran Islam
·
Hadits,
ungkapan RasululLah mengenai bangunan Islam yang terdiri dari lima, menyaksikan
bahawa Tiada ilah selain Allah dan bahwa Muhammad RasululLah, mendirikan
sholat, menunaikan zakat, shaum di bulan ramadhan dan menunaikan hajji bagi
yang mampu.
2.
Cinta
Sarahan
·
Mukmin
mencintai dua kalimah syahadah sehingga nilai yang menjadi kandungannya tidak
diterima sebagai beban.
·
Cinta
ini tumbuh dari kecintaan kita kepada Allah dan Rasul yang teramat sangat serta
bara terhadap sembahan selain Allah.
·
Cinta
ini dilengkapi dengan cinta kepada Rasul yang menjadi pembimbing utama menuju
kecintaan Allah dan cinta kepada Islam sebagai syurut untuk mendapatkan
kecintaan Allah.
Dalil
·
2:165,
sikap kecintaan mukmin yang teramat sangat kepada Allah.
·
Hadits,
sikap kecintaan mukmin terhadap Rasul, lebih dari mencintai ibu bapa mahupun
anaknya.
·
8:2,
hati mukmin bergetar ketika asma Allah disebutkan ini kerana cinta kepada
Allah.
3.
Redha
Sarahan
·
Redha
iaitu kerelaan diri untuk menerima program Allah sepenuhnya. Redha hanya dapat
lahir dari cinta yang sebenarnya.
·
Redha
hanya dapat lahir dari cinta yang sebenarnya. Fenomena redha adalah kelazatan
iman dalam dada. Redha wujud dalam tiga bentuk iaitu redha kepada Allah sebagai
rabb, redha kepada Islam dan redha kepada Rasul.
·
Redha
kepada Allah sebagai rabb. Redha kepada Allah adalah menjadikan kehendak dan
kemahuan peribadi. Rela Allah sebagai pengatur, pembimbing dan pendidik yang
sentiasa mencintai, melindungi dan menyayangi dirinya. Kerana itu seluruh
aktiviti hidupnya ditujukan untuk mencari keredhaan Allah.
Dalil
·
76:32,
erti redha terhadap Allah adalah menjadikan kemahuan Allah sebagai kemahuan
kita sendiri atau tidak menghendaki apapun selain yang dikehendaki Allah
terhadap kita.
·
2:207,
60:1, orang mukmin sentiasa mencari redha Allah dalam berjihad, meski pun mesti
mengorbankan dirinya.
·
98:8,
mereka yang beribadah dengan ikhlas akan mendapat redha Allah lihat pula 9:100.
Sarahan
·
Redha
kepada Islam sebagai aturan hidup. Islam diyakini sebagai satu-satunya aturan
hidup bagi dirinya. Tidak ada aturan lain. Kerana Islam adalah dien yang
lengkap dan sempurna, menyelesaikan semua masalah, merupakan jalan lurus, dan
membawanya kepada kebahagiaan dan keselamatan hidup.
Dalil
·
5:3,
Islam adalah dien yang lengkap dan sempurna, merupakan nikmat Allah yang
mengatur seluruh hidup manusia. Allah redha dengan Islam sebagai dien bagi kita
maka kitapun harus redha dengan Dienul Islam, maka seluruh tuntutan Islam mesti
dipenuhi dengan penuh kesedaran dan kerelaan. Lihat 3:19.
Sarahan
·
Redha
kepada Rasul sebagai teladan. Dalam melaksanakan Islam maka Muhammad SAW
dijadikan sebagai contoh dan ikutan. Semua langkah dan tindakan dilaksanakan
sesuai dengan bimbingan Rasulullah ini. Kerana Muhammad SAW adalah manusia
pilihan yang diutus Allah, insan kamil, pendidik utama yang selalu menyayangi
umatnya.
Dalil
·
9:59, ciri sikap mukmin selalu mencari
redha Allah dan RasulNya. 9:128-129, rasululLah sangat sesuai untuk diredhai
kerana teramat sayang kepada kita.
·
4:65,
keimanan seseorang ditentukan oleh kerelaanNya bertahkim kepada keputusan
RasululLah tanpa keberatan dalamm menerima keputusan tersebut.
·
Hadits,
tidak beriman salah seorang di antaramu sehingga hawa nafsunya mengikuti apa
yang aku (Muhammad) datangkan.
·
33:21,
Rasulullah adalah teladan dalam setiap aspek kehidupan.
4.
Sibgah
Sarahan
·
Cinta
dan keredaan kepada Allah, Rasul dan Islam mewarnai seluruh aspek kehidupan
mukmin, menjadi sibgoh dalam dirinya. Sibgah adalah iman yang merasuk sampai ke
tulang yang tidak dapat lepas, bersifat suci, murni dan tidak bercampur dengan
syirik walaupun setitik. Seorang yang hidupnya dalam sibgah Allah seluruh
hidupnya merupakan ibadah atau pengabdian kepada Allah. Untuk
mengaplikasikannya sibgah diperlukan:
·
Pengenalan
yang sebenarnya terhadap Allah dan interaksi denganNya dalam bentuk penghambaan
·
Pengenalan
kepada Islam serta siap menghayati dan mengamalkannya baik dalam diri,
keluarga, mahupun masyarakat. Islam harus diperjuangkan sehingga tegak di bumi
Allah.
·
Pengenalan
kepada Rasul SAW serta sedia mengikuti bentuk hidup beliau sesuai dengan
kemampuan.
Dalil
·
2:138,
iman sejati adalah sibgah Allah yang meliputi dirinya sibgah Allah ini
menjadikan setiap perbuatannya ibadah kepada Allah.
·
6:82,
iman yang sejati tidak bercampur dengan kemusyrikan meskipun sedikit. Orang
yang memilikinya akan memperoleh rasa aman.
·
47:19,
20:14, pengenalan terhadap laa ilaha illa-Llah, 9:128, 18:110, pengenalan
terhadap Rasul, 3:19,85, pengenalan terhadap Islam.
5.
Sibgah hati
Sarahan
·
Hati
yang tersibgah adalah hati yang suci, bersih dan sentiasa berhubungan dengan
Allah, siap menerima pimpinan dan bimbinganNya.
·
Dalam
hati ini terpancarlah aqidah yang sehat dalam keyakinan dan keimanannya.
·
Aqidah
yang benar dan sehat tersebut menjadikan muslim selalu berniat ikhlas dalam
setiap langkah tindakannya. Niat adalah dasar ibadah, sama ada diterima atau
ditolak ibadah seorang ditentukan oleh niatnya.
Dalil
·
26:89,
hati yang suci bersih siap menerima keyakinan Islam. 23:35, hati mukmin gemetar bila disebut asma
Allah. 50:33 hati mukmin sentiasa bertaubat dan kembali kepada Allah.
·
Hadits,
keterangan RasululLah yang menyatakan taqwa ada di dalam dada (hati) seseorang.
·
3:84,
2:136, 4:136, keyakinan yang terdapat dalam dada setiap muslim merupakan iman
yang mantap.
·
Hadits,
RasululLah bersabda "sesungguhnya sahnya suatu amat ditentukan oleh niat.
Dan sesungguhnya setiap orang akan memperoleh sesuai yang ia niatkan".
6.
Sibgah Akal
Sarahan
·
Akal
tersibgah sentiasa bertafaqquh fiddien. Aktif memikirkan kejadian langit, bumi
dan segala isinya, mempelajari semua fenomena alam sebagai tanda-tanda
kebesaran Allah dibimbing oleh wahyuNya.
·
Dari
akal yang selalu menyingkap rahsia fenomena alam ini lahirlah fikrah Islam,
iaitu pemikiran atau idea yang merupakan aplikasi ajaran Islam yang
bersumberkan kepada KitabulLah dan bimbingan Rasul.
·
Fikrah
yang Islami menjadikan muslim memiliki suatu program yang benar dalam
menghadapi kehidupan. Program kehidupannya mampu menegakkan ajaran Allah (Al
Islam).
Dalil
·
3:190-191,
30:20-24, firman Allah yang mengisyaratkan pentingnya berfikir tentang
tanda-tanda kekuatan Allah di alam semesta.
·
50:37,
pada kejadian alam semesta banyak terdapat peringatan bagi mereka yang mahu
menggunakan akalnya.
·
67:10,
orang kafir menyesal di neraka kerana tidak menggunakan akalnya dengan maksima.
·
9:120,
muslim bertafaqquh sesuai bidang yang diminatinya dalam rangka menegakkan
dienulLah.
·
Hadits,
sabda Rasul: "Barangsiapa yang Allah kehendaki menjadi baik, maka
difahamkan-Nya dalam dien".
7.
Sibgah Jasad
Sarahan
·
Jasad
yang tersibgah sentiasa dipelihara kesihatan dan kekuatannya. Jasad ini
dibangun dengan berbagai cara agar mampu mengikuti jejak hidup RasululLah SAW.
·
Dapat
melakukan aktifiti atau bekerja sesuai bimbingan Allah dalam KitabuLlah. Menjadi
wujud yang nyata dari aqidah dan fikrahNya.
·
Dapat
melaksanakan bimbingan dan pimpinan Allah untuk individu mahupun masyarakat
sesuai dengan kemampuannya. Pelaksanaan ini berdasarkan niat yang ikhlas dan
program yang digariskan.
Dalil
·
2:247,
syarat pemimpin dalam Al Qur'an adalah yang memiliki ilmu yang luas dan tubuh
yang kuat.
·
28:26,
pilihan untuk menerima amanah jatuh kepada orang yang bertubuh kuat dan
terpercaya.
·
Hadits,
RasululLah SAW memerintahkan "Ajarkan anak-anakmu berenang dan
memanah".
·
Hadits,
RasululLah menyatakan: "Mukmin yang kuat lebih dicintai Allah dari mukmin
yang lemah".
Ringkasan
Dalil
Tahap-tahap
interaksi dengan syahadatain
·
Cinta
(2:165, 8:2, 9:24)
·
Redha
(2:207)
- Kepada Allah (a, 2:207, 92:20-21, 94:8)
o Kepada Islam (a, 3:19,85)
o Kepada Muhammad (a, 33:21)
·
Membentuk
sibgah (2:138, 4:125), dalam hati (26:89), akal (67:10), jasad (2:251)
Syurut Qobulu Syahadatain
Sinopsis
Sebagai
seorang mukmin berusaha untuk menjaga syahadat kita dari futur dan melemah.
Untuk itu kita perlu mengetahui bagaimana syahadat diterima atau ditolak. Untuk
diterimanya syahadat kita maka diperlukan beberapa persediaan misalnya ilmu,
yakin, ikhlas, shidqu, mahabah, qobul dan amal nyata. Juga kita perlu menolak
kebodohan terhadap syahadat, keraguan, kemusyrikan, dusta, kebencian, penolakan
dan tidak beramal.
1.
Ilmu yang menolak kebodohan
Sarahan
·
Seorang
yang bersyahadah mesti memiliki pengetahuan tentang syahadatnya. Ia wajib
memahami erti dua kalimat ini serta bersedia menerima hasil ucapannya. Orang
yang jahil tentang makna syahadatain tidak mungkin dapat mengamalkannya.
Dalil
·
47:19,
kewajiban mempelajari laa ilaha illaLlah
·
3:18, mereka yang bersyahadat adalah
Allah, Malaikat, dan orang-orang yang berilmu (para nabi dan orang beriman).
2.Yakin
yang menolak keraguan
Sarahan
·
Seorang
yang bersyahadat mesti meyakini ucapannya sebagai suatu yang diimaninya dengan
sepenuh hati tanpa keraguan. Yakin membawa seseorang pada istiqomah, manakala
ragu-ragu pula menimbulkan kemunafiqan.
Dalil
·
49:15,
Iman yang benar tidak bercampur dengan keraguan
·
32:24,
yakin menjadikan seseorang terpimpin dalam hidayah
·
2:1-5,
di antara ciri mukmin adalah tidak ragu dengan kitabuLlah dan yakin terhadap
hari akhir.
3.Ikhlas
yang menolak kemusyrikan
Sarahan
·
Ucapan
syahadat mesti diiringi dengan niat yang ikhlas lillahi ta'ala. Ucapan syahadat
yang bercampur dengan riya atau kecenderungan tertentu tidak akan diterima
Allah. Ikhlas dalam bersyahadat merupakan dasar yang paling kukuh dalam
pelaksanaan syahadat.
Dalil
·
98:5,
39:11, 14, syahadat merupakan ibadah, kerananya dilakukan dengan ikhlas.
·
39:65,
kemusyrikan menghapus amal, 18:110, ibadah yang tidak ikhlas, tidak diterima.
4.Shidqu
(benar) yang menolak dusta
Sarahan
·
Dalam
pernyataan syahadat muslim wajib membenarkan tanpa dicampuri sedikitpun dusta
(bohong). Benar adalah landasan iman, sedangkan dusta landasan kufur. Sikap
shidiq akan menimbulkan ketaatan dan amanah. Sedangkan dusta menimbulkan
kemaksiatan dan pengkhianatan.
Dalil
·
39:33,
ciri-ciri taqwa adalah sikap shidiq, 33:23-24, orang yang benar akan terbukti
dalam medan jihad dan Allah membalas mereka, sedangkan orang-orang munafiq akan
mendapat seksa.
·
2:8-10,
ciri nifaq adalah dusta. 29:2-3, kebenaran dan kemunafikan diuji melalui
cobaan.
·
Hadits,
sikap benar mengajak kepada kebaikan dan kebaikan membawa ke syurga. Sifat
dusta mengajak kepada keburukan dan keburukan membawa ke neraka.
·
Hadits,
tinggalkanlah yang meragukanmu, sesungguhnya benar itu menenangkan (hati)
sedangkan dusta itu meragu-ragukan.
5.Mahabah
yang menolak kebencian
Sarahan
·
Dalam
menyatakan syahadat ia mendasarkan pernyataannya dengan cinta. Cinta ialah rasa
suka yang melapangkan dada. Ia merupakan ruh dari ibadah, sedangkan syahadatain
merupakan ibadah yang paling utama. Dengan rasa cinta ini segala beban akan
terasa ringan, tuntutan syahadatain akan dapat dilaksanakan dengan mudah.
Dalil
·
2:165,
cinta kepada Allah yang teramat sangat merupakan sifat utama orang beriman.
·
Hadits,
sabda RasuluLlah "ada tiga perkara yang apabila ketiganya terdapat dalam
diri seseorang, ia akan merasakan manisnya iman.
·
9:24, mukmin mendahulukan kecintaan
kepada Allah, rasul dan jihad dari kecintaan terhadap yang lain.
6.Menerima,
yang jauh dari penolakan
Sarahan
·
Muslim
secara mutlak menerima nilai-nilai serta kandungan isi syahdatain. Tidak ada
keberatan dan tanpa rasa terpaksa sedikitpun. Baginya tidak ada pilihan lain
kecuali kitabuLlah dan sunnah rasul. Ia sentiasa siap untuk mendengar, tunduk,
patuh dan taat terhadap perintah Allah dan RasulNya.
Dalil
·
4:65,
Mukmin adalah mereka yang bertahkim (berhukum) kepada Rasul Allah dalam seluruh
persoalannya kemudian ia menerima secara total keputusan Rasul, tanpa ragu-ragu
dan kebenaran sedikitpun.
·
33:36,
28:68, ciri orang mukmin ialah menerima ketentuan dan perintah Allah tanpa
keberatan dan pilihan lain.
·
24:51,
ciri mukmin ialah mendengar dan taat terhadap Allah dan Rasul dalam seluruh
masalah hidup mereka.
7.Pelaksanaan
yang jauh dari sikap statik atau diam
Sarahan
·
Syahadatain
hanya dapat dilaksanakan apabila diwujudkan dalam amal yang nyata. Maka muslim
yang bersyahadat selalu siap melaksanakan ajaran Islam yang menjadi aplikasi
syahadatain. Ia menentukan agar hukum dan undang-undang Allah berlaku pada
diri, keluarga mahupun masyarakatnya.
Dalil
·
9:105,
perintah Allah untuk bekerja di jalanNya dengan perhitungan nilai kerja itu di
sisi Allah.
·
16:97,
orang yang bekerja akan mendapat kehidupan yang baik dan syurga Allah.
Ringkasan
Dalil
Syarat
diterima syahadat :
·
Ilmu
(47:19. 3:18, 43:86)
·
Yakin
(49:15)
·
Ikhlas
(98:5, 18:110)
·
Membenarkan
(2:8-9, 33:23-24)
·
Cinta
(2:165, 8:2)
·
Menerima
(4:65)
·
Melaksanakan
(24:51,56, 31:22)
·
Redha
(76:31)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar